Wednesday, February 25, 2009

....cantik di Hati


Salam.... actually aku punya plan arini nk post kan 1st lesson yg aku dh rancang utk e-baking class tu tp ni aku ada something yg aku nak sangat share dengan korang semua sbb aku rasa tersentuh sgt... aku baca ni dlm sebuah makalah tempatan smlm sambil tunggu suami aku balik.
Aku dedicate ni kepada semua Muslimah di muka bumi ni.. semoga dapat dijadikan sebagai perangsang kepada kita semua...;

" Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilauan lipstik pada bibir memekar senyuman kosmetik, tetapi pada keperibadian terpelihara kelembutan kesopanan menghiasi jiwa.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai hawa tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam tetapi menjadi pembakar semangat perwira, menjadi tunjang perjuangan syuhada.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai Muslimah bukan kerana keindahan paras rupa sehingga menjadi igauan mata, tetapi berpegang akidah solehah di sebalik tirai jiwa mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah, mengharap keredhaan dariNya.

No comments:

Post a Comment