Wednesday, May 20, 2009

Kek Coklat Lembab (Moist Chocolate Cakes)


Salam....hari ni saya nak kongsi dengan korang semua resepi kek coklat lembab yang saya dapat daripada Kak Sal di Sepang. TQ ya K. Sal. Dapat dah 2 minggu tp baru semalam dapat try... saya bagi kat sini resepinya untuk sapa2 yang berminat nak cuba....kek ni sgt mudah dah cepat untuk dibuat..Ini resepinya:
250 gm minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula
1 cwn susu cair
1/2 cawan susu pekat
* semua bahan ni dicampur & dimasak sekejap. Suamkan
3 biji telur (gred A)
1 sdt esen vanilla
* dikacau rata
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt garam
* semua bahan ini dicampur & dikacau rata

* masukkan ke dlm bekas yang diingini & sesuai untuk dikukus


* kukus selama 15 minit @ sehingga masak
*kek yang telah masak
* telah siap diletakkan topping coklat & choco rice

* Bolehla dipotong & dihidangkan...
"SELAMAT MENCUBA"

Monday, May 18, 2009

Football theme

Salam.....demam bola sepak Liga Eropah kan sekarang ni tengah melanda dunia....so order kali m yang saya dapat adalah dari peminat Chelsea....member saya ni tempah sempena birthday anaknya yg ke-2 dan akikah tp yg excited lebih biasala mestilah parents nyer...so diorang pilih tema bola sepak....Chelsea 'vs' Man. U. So ni la hasilnya yg saya buatkan untuk diorang...


*Chelsea's side

* Man U's side Cupcakes yg diorang order tu kek coklat & blueberry. Nampak kt atas mcm sama so nasibla ye sapa yg dpt kek coklat & sapa yang dpat kek blueberry. So thanks ya Marlinny & Mahathir atas order korang tu...nanti jgn lupa order lagi ya...Thanks

Mother's Day


Salam... dikesempatan ini saya rasa tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu - ibu di dunia ni....terutama IBU saya yang tersayang. Mama I LOVE U so much. Sempena Hari Ibu ni saya ada mendapat tempahan dari Nani yg tempah cupcakes untuk ibunye...dia nak yg sama mcm yg saya buat untuk officemate saya...tapi ini untuk Umi nyer yang tersayang..Nani ni saya baru je kenal...dia tengok iklan saya di mudah.com.my terus je dia order. TQ ya Nani.