Thursday, June 4, 2009

Birthday Cake - Dora The Explorer

Kek coklat lembab dengan fresh cream utk Nur Fatihah untuk birthday nya yg ke 6.

Kek ni kakaknya Hilal yang tempah...

Birthday Cake - Mickey Mouse



Ada kakak dari bahagian lain kat ofis aku ni mintak tolong aku hiasakan kek untuk birthday anak buahnya umur 6 tahun. Kek akak tu yang buat sendiri aku just buat toppingnya...

Moist Choc Cake with Fresh Cream Topping


Kek yg di tempah oleh Deyrla, Reen & Suhaila sempena birthday diorang pada bulan Mei aritu...ni kes nak celebrate kat opis la ni...Anyway Happy Birthday ya untuk korang & semoga panjang umur murah rezeki...Amin

Underwater Theme Cupcakes


Cupcakes dengan tema 'bawah laut' ni di tempah oleh member aku untuk buat surprise kat hubby nyer sempena ulangtahun ke 3 perkahwinan mereka...kek di ni deliver khas ke ofis hubby nyer...

Fondant - Kek Hantaran


Ni la kek fondant yang pertama aku buat untuk officemate aku..dia tempah nak buat hantaran anak buahnya nikah minggu lepas...Aku penah la try buat dulu - dulu kek fondant ni tapi takde la untuk org just buat nak try2 sendiri...biasanya kat dalam org buat kek buah sebab kek buah tahan lama tapi disebabkan di request oleh mmber aku ni so aku pun buat la kek coklat..

Wednesday, May 20, 2009

Kek Coklat Lembab (Moist Chocolate Cakes)


Salam....hari ni saya nak kongsi dengan korang semua resepi kek coklat lembab yang saya dapat daripada Kak Sal di Sepang. TQ ya K. Sal. Dapat dah 2 minggu tp baru semalam dapat try... saya bagi kat sini resepinya untuk sapa2 yang berminat nak cuba....kek ni sgt mudah dah cepat untuk dibuat..Ini resepinya:
250 gm minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula
1 cwn susu cair
1/2 cawan susu pekat
* semua bahan ni dicampur & dimasak sekejap. Suamkan
3 biji telur (gred A)
1 sdt esen vanilla
* dikacau rata
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt garam
* semua bahan ini dicampur & dikacau rata

* masukkan ke dlm bekas yang diingini & sesuai untuk dikukus


* kukus selama 15 minit @ sehingga masak
*kek yang telah masak
* telah siap diletakkan topping coklat & choco rice

* Bolehla dipotong & dihidangkan...
"SELAMAT MENCUBA"

Monday, May 18, 2009

Football theme

Salam.....demam bola sepak Liga Eropah kan sekarang ni tengah melanda dunia....so order kali m yang saya dapat adalah dari peminat Chelsea....member saya ni tempah sempena birthday anaknya yg ke-2 dan akikah tp yg excited lebih biasala mestilah parents nyer...so diorang pilih tema bola sepak....Chelsea 'vs' Man. U. So ni la hasilnya yg saya buatkan untuk diorang...


*Chelsea's side

* Man U's side Cupcakes yg diorang order tu kek coklat & blueberry. Nampak kt atas mcm sama so nasibla ye sapa yg dpt kek coklat & sapa yang dpat kek blueberry. So thanks ya Marlinny & Mahathir atas order korang tu...nanti jgn lupa order lagi ya...Thanks

Mother's Day


Salam... dikesempatan ini saya rasa tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu - ibu di dunia ni....terutama IBU saya yang tersayang. Mama I LOVE U so much. Sempena Hari Ibu ni saya ada mendapat tempahan dari Nani yg tempah cupcakes untuk ibunye...dia nak yg sama mcm yg saya buat untuk officemate saya...tapi ini untuk Umi nyer yang tersayang..Nani ni saya baru je kenal...dia tengok iklan saya di mudah.com.my terus je dia order. TQ ya Nani.

Wednesday, April 1, 2009

Birthday cupcakes (Choc cupcakes&buttercream frosting)




Assalamualaikum....
Setelah sekian lama ruang blog ni aku tinggalkan...arini baru sempat nak jengah semula....kursus tak putus2...minggu depan kursus di langkawi. Balik seminggu sambung kursus lg 2 minggu...Awal bulan Mei rasanya baru lapang skit. itu pun belum tau lagi sbb jadual blm ada. Dalam sibuk2 keja aku terima order dr member untuk buatkan cupcakes tuk birthday suaminya... aku ni takde la niat nak bisnes...dulu time aku nganggur aku mmg ada buat bisnes kek ni...tp sejak dh berjawatan tetap tak de la sambung lg pasal dh pindah tempat tinggal...so permulaan aku boleh buat semula kek ni sbb member aku mintak tolong buatkan untuknya cupcake sempena birthday & akikah anaknya...dia ckp nk beli yg kt online tu mcm mahal plak rasanya....so aku pun buatla untuknya.... tak sangka plak bila member2 lain dapat tau diorang pun interested jgk....so sbb tu la dlm kelam kabut tu buat jgk la untuk member...celebrate birthday husbandnya....aku ni tak la pandai sgt...takde pun pi kursus khas...just try2 sendiri kat umah & bakat & kemahiran kurniaan Allah..ni la aku uploadkan gambar yg aku ambik untuk simpanan aku....aku mengalu - alukan komen dan apa2 je yg boleh dikongsi bersama..TQ.

Wednesday, February 25, 2009

....cantik di Hati


Salam.... actually aku punya plan arini nk post kan 1st lesson yg aku dh rancang utk e-baking class tu tp ni aku ada something yg aku nak sangat share dengan korang semua sbb aku rasa tersentuh sgt... aku baca ni dlm sebuah makalah tempatan smlm sambil tunggu suami aku balik.
Aku dedicate ni kepada semua Muslimah di muka bumi ni.. semoga dapat dijadikan sebagai perangsang kepada kita semua...;

" Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilauan lipstik pada bibir memekar senyuman kosmetik, tetapi pada keperibadian terpelihara kelembutan kesopanan menghiasi jiwa.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai hawa tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam tetapi menjadi pembakar semangat perwira, menjadi tunjang perjuangan syuhada.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai Muslimah bukan kerana keindahan paras rupa sehingga menjadi igauan mata, tetapi berpegang akidah solehah di sebalik tirai jiwa mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah, mengharap keredhaan dariNya.

Tuesday, February 24, 2009

kisah benar....


Lama rasanya aku tak antar post baru sejak post yang pertama dulu. Ni semua gara - gara keje yg banyak dan tak sudah2..nak je rasanya aku pegi bercuti...tp nk pi mana?
Semua tempat percutian kena bayar...kalau dulu air terjun free je sesapa boleh mandi tp skrg ni nak mandi kat air terjun yg airnya tak perlu bayar bil kat sapa2 pun dh kena bayar..
Bayangkan la kan kalau Allah mintak bil dr kita...jenuh nk bayar..Syukur Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya..la jauh ke laut aku punya intro...actually nak cerita benda lain..kang mcm tak relate je intro dgn cerita sebenar... ok kita pegi kpd kisah benar..tiada yg benar melainkan yg benar2 belaka...
Kisahnya begini...tujuan sebenar aku buat blog ni kerana nak kongsi minat aku ngan korang semua...tak tau la kenapa aku suka sgt buat2 kek & pastri ni..masak2 pun aku suka jgk..mungkin sebab aku suka makan kot..jd sbb nak makan makanan yg ikut taste aku sendiri so aku masak la sendiri.
..tp bukan bermakna aku tak appreciate org lain masak...aku menghargai & menikmati semua makanan yg sedap kat dunia ni...& kerana obsesnya aku ngan makanan yg best ni aku sanggup jalan jauh semata - mata nak makan makanan yg aku suka.
Nk kata aku ni pandai sgt tu tak la sgt tp dek kerana minat yg mendalam aku banyak gak la membaca buku masak2 ni..
Bukan apa bila baca buku masak ni banyak la petua & teknik yg kita boleh pelajari di samping boleh kenal bahan - bahan untuk masak. Bukan semua bahan tu kita kenal... nak2 pulak resepi western @ italian... nk buat kek yg canggih2 pun selalu gak jumpa bahan asas yg tak penah wujud dalam dunia masakan melayu... aku memang org melayu tulen tp bab makan aku boleh makan any cuisine.
..dulu time 1st time aku nk buat cheese cake aku tgk resepinya 1st sekali perlu cream cheese..nak buat tiramisu plak kena pakai mascarpone cheese..cheese yg makan ngan roti tu aku kenal la...tp tu nama lain...puas jgl aku tgk kat super & hypermarket tapi mahal sgt la pulak...
Akhirnya aku dpt tau ada satu kedai yg jual2 bahan nk buat kek ni kat area chow kit @ lebih tepat lagi kt lorong hj. taib (boleh kata semua bahan ada jual kt situ & murah la jgk).hehehe... risau gak aku nk p merayau kat area tu...kalau sebut je lorong tu org tk penah pun terbayang kedai2 borong yg bnyk ada kt situ tp org selalu bayang penghias muka2 jalan yang boleh membuatkan org pompuan rasa sedikit tercabar....(walau mcm mn pn adam tetap adam)...
Aku ingat la kan..aku nak buat mcm e-baking & cooking class..apa pendapatan korang? kiranya aku post la from the start apa yg perlu tahu & ada untuk kita jd seorang bakers & cookers..sampai la apa2 petua yg berguna untuk dpt hasil masakan yg baik...
Wah...panjang pulak post aku kali nih...ok la next post aku akan start dengan mengenal bahan & alatan untuk baking..tunggu tau..sekian wasalam....

Wednesday, February 11, 2009

Akhirnya.....


Alhamdulillah....Akhirnya dapat juga saya memiliki sebuah blog sendiri setelah sekian lama menyimpan keinginan dan puas bertanya sana sini kerana sudah terlalu lama saya tinggalkan dunia IT ni....guna komputer just untuk menaip siapkan assigment...dulu2 ada la chat sesekali untuk hilangkan boring & tension....abis jer study...ketika bergelar penganggur lagila tak sentuh langsung komputer. Setelah 1/2 tahun berehat kat umah akhirnya saya dpt keja...tapi keja pulak tak libat langsung dgn computer dan semua jenis teknologi canggih ni...automotive sales consultant...jumpa org..ramaila tak yah cakap..lepas lebih setahun saya bergelar 'salesman' even saya ni pompuan tp nama tu kiranya dan sinonim tanpa kira jantina akhirnya...saya dpt keja gomen. ini pun setelah puas kena bising dgn mama...tapi kiranya saya amat bersyukur kerana berkat doa mama & abah....di sini...di dunia kerja yg begitu asing bg saya. Akhirnya....saya temui apa yang saya inginkan dalam hidup saya...walaupun bukan sepenuhnya tapi hampir sebahagiannya telah saya miliki....

Puas jugak saya berfikir apakah nama yang terbaik untuk saya letakkan sbagai 'tajuk' blog saya ini. Akhirnya...ini yang terlintas di fikiran saya...semoga apa yang bakal dan akan saya catatkan di blog ini akan dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang ingin saya kongsi bersama semua dan semoga ruang ini dapat menjadi wadah pertukaran info dan maklumat. InsyaAllah...